About Me

My photo
a miserable person who doesn't know how to take care of herself

Sunday, November 28, 2010

QUILING

walaupun acara hari ahad dan STAT LAMBAT!...namun perjalann acr memng best..teruja gile wat quiling nih..walaupun kalah tapi takpela..dah dapat ilmu berguna..huhu
ni hasil kat umah..


geng kat quiling tadi ngan anah, aiman, ikin, anne n kasyah...
kasyah(uin) n aiman ngn dorg nye quiling deco yg menaang..sgt la jeles..;P
tak amik gmbr pon ak ngn kasyah nye quiling tadi..malu sendiri..haha

Sunday, November 21, 2010

sedih..tapi itu bukan hal aku...STOP BUSY BODY!!!

nampak lagi gambar dia free hair..tapi kali ni lebih daring...teringat..mereka masih muda tiah..ko rase? ko pun pernah jiwa kacau..jiwa kacau.. dan dia masih 22 tahun. 22..umur yg masih muda untuk faham erti kehidupan..waktu tu pon aku bodoh2x lagi (bukan bermakna sekarng ni ak dah pandai)

kenape aku mesti emosi tergaggu tiap kali tengok dia free hair..aku takde pape kaitan pon nagan dia..watpe aku nak sibuk2x...kepada pencipta perasaan ini..kenape? kenapa aku dikurniakan perasaan ini? aku hanya mampu mengamuk dalam hati dan itu yang buat aku sakit kepala..sakit kepala memikirkan hal orang...

tolong sesiapa jelaskan kat aku maksud 'sayang'?

jiwa kacaaaaaaaaaaaaaaaaau!

Thursday, November 18, 2010

next cycle is?

senyuuuuuuum lebar..haha

sebab dpat siklus MATA kat budi asih..tapi ni siklus baru bukak..so takde dengar cite ape2x...hmm naik bas turun bas lagi la..ni lah kalau siklus kat kajarta..time kat karawang ngan batam sdulu enak je sebb jalan kaki jek tapi berat tang ongkos lah...haiyaaaaaaaaa

Hospital Budhi Asih
will be here for 5 weeks ahead...

Tuesday, November 16, 2010

aku tak tahu

ape nak jadi ngan diri ni..aku tak tahu...nak cerita kat siapa..kawan2x rapat? kalau dorg dengar cite yg same dari aku, masalah yang sama, mesti dorang kecewa berat ngan aku..dah bape kali aku kata, aku makin ok...sekarang dah bole terima dan aku gembira dengan cara aku sendiri.. erti bahagia tu sendiri aku tak tau nak jelaskan macam mana? setiap kali berdoa, aku tak pernha lupe berdoa supaya aku dapat lupakan dia..dapat lupakan dengan cara yang baik..kenapa aku tak boleh anggap dia macam orng lain? kenapa mesti dia jadi yg istimewa..dia tak buat ape2 pun untuk aku..ya Allah..sungguh aku buntu..nak nangis tapi tak berbaloi air mata ini tumpah kerana dia..dia cuma satu lagi mahkluk Allah yanag aku sayang melebihi sepatutnya..sayang? ape makna sayang? entahla..kadang sampai terfikir utk pi cuci otak ni dan lupakan semua orang. bantu aku ya Allah..

hamba buntu.
dan kemudian  aku solat dan mengaji..sungguh dgn hanya mengingati Allah itu, hati2 akan menjadi tenteram

Saturday, November 13, 2010

Kembara Sufi Di Bumi Tuhan: Cerpen: Tertutup Itu Indah

Kembara Sufi Di Bumi Tuhan: Cerpen: Tertutup Itu Indah: "“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” Suatu sudut kafetaria Cengkih kelihata..."

Friday, November 12, 2010

PANDUAN DOA KESEMBUHAN

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/panduan-ringkas-bacaan-doa-kesembuhan.html

tips cantik menurut Islam


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Tuesday, November 9, 2010

senarai buku bagus..;)

buku anak yang ok la coz senang nak faham..bagus untuk org mcm aku..huhu

Saturday, November 6, 2010

FAMLY

tadi tefon mak tanya pasal konvo Syera...so far okla..then mak bg tau adik fail math..bengang la aku tetiba.
then sembang la ngan adik. dia kata kawan2 suka biar dia sorang2x...makan sorang, bangun takde sape kejut, blajar sorang..katanya..kawan2x dia tak suka die sebab die tak pandai. aku pun cakapla.." watpe nak tny kawan2x..dorang pun bukannye pandai sangat..kalau tak paham tny cikgu terus (padahal time aku dulu memng la aku tak tny sesape..haha)

then ak tnya..." adik tak baik ngan senior ke?" dia kata senior mcm pura2 je kawan ngan die..katanya dorang sombong...ak cakap la" mane boleh kate senior sombong, awak junior kena la tegur senior dulu"..sie pon "hmmm"..je

aku pesan.." adik kena pandai sendiri..blajar je sendiri..nanti bile adik pandai...mesti ramai nak kawan ngan adik..tapi kalo sampai masa tu nanti adik takleh la sombong ngan..tak baik.."
she n bro

tu jelah bebelan aku kat dia..tetiba mak call dalam sejam dua lepas tu kot tanya aku ceramah ape kat adik sebab adik kata aku ceramah kat dia...aku cerita la...mak cakap adik tu malas die 50-50 kot..huhu..stil suka cakap srang2x..tapi mungkin dia inhirate sikap sombong dari aku kot..haha

adik skang form 1 nak masuk form 2 dah
atin plak bakal ke sekolah baru kat Pahang
syera keja kat Andalusia
abang keje kat Twintech kolej
aku?...stil belajar utk menjadi seorAng DOKTOR

*******************************
tyah's here
i really love m famly

Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan

Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibu bapa mereka juga!) By Dr Harlina on MONDAY, SEPTEMBER 20, 2010

by Yuhin Norkamilah on Friday, November 5, 2010 at 4:38pm
Khusus buat:
  • Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
  • Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.
Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Dr.Har

**********************************
aku tyah
hmm..i'm becoming a doctor..finally

Friday, November 5, 2010

BULAN MUSIBAH 10-11 2010

http://www.malaysiakini.com/news/147050
akhirnya cerita pasal gunung berapi ni menarik perhatian aku. tak sangka seteruk ini musibah yang melanda.
bermula dari semburan awan panas sampaila ke semburan larva. sekarang ni banjir lahar dingin plak...ya Allah bumi Indonesia ni dah macam kena kutukan. mungkin keranan terlalu banyak ulah. entahla...

musibah bertimpa2.

  • BANJIR di Jakarta, 
  • TSUNAMI di sumatera, 
  • GUNUNG BERAPI meletus di jogjakarta
  • GEMPA BUMI di Mentawai
jumlah korban yang maut banyak sangat. belum yang cedera lagi. selama ni memnag aku tak peduli hal-hal ni..tapi kali ni tak tau kenapa hati tersentuh rasa nak nangis melihat kegilaan bumi sekarang...macam marah teramat sangat. mungkin inilah peringatan dari Allah. UJIAN buat mereka yang mengalami dan TELADAN buat mereka yang melihat@mendengar dari jauh.

kawan2x aku yang skaang ni ade kat sane, liana, k fad ngan tiqah. semoga mereka semua selamat. Aamiiiiin.

Thursday, November 4, 2010

FACEBOOK....kePERLUan @ keMAHUan?

hmm mula2x entahlah..stat join time after kkd...tapi stat aktif tak ingt bile...seronok sebab jumpa kawan2 lama..kawan2x 3sakti..owh baru ingt stat aktif awal tahun 2009..after selesai tbmt.

kePERLUan / keBAIKan?

  • urusan koas
  • urusan batch contohnye uruskan borang pinjaman MARA.
  • tau berita baru dan lama
  • post tentang motivasi, islamic, cerpen
keMAHUan /  keBURUKan ?

  • tau status orang
  • menyibuk dengan hal mereka
  • menunjukkan yang ak ni takde kawan 'real
  • tengok gambar2x kawan
  • gossiping (the worst part)
tanpa tak sedar...gambar2x yang di upload, bnyk yang memaparkan aurat yang selama ni aku tak pernah terfikir pon...betul..dan semua tu diperlihatkan ke friend list kita..berganda2x dosa...stata dari itu barulah aku dah tak upload gambar2 yg nampak kan aurat...

baru2x ni aku deactiveted. boleh la bertahan..then kena postkan hal2x berkaitan ngan borang MARA. so HAVE TO active kan semula...aku dah dapat menahan diri dari komen status orang dan tak terlalu teruja untuk lihat ape yg baru kat laman Fb..tak tau brape lame dapat bertahan.

OTHER'S LIFE IS NOT MY BUSINESS...


kena jadikan ini MOTTO hidup aku...FOR MY OWN SAKE!...

semoga hari-hari mendatang menjadi lebih baik dari sebelumnya.

------------------------
aku Tyah
dan aku happy dgn perubahan yang melanda diri sekarang,,  ;)

Monday, November 1, 2010

ACNE TREATMENT

stat treatment on 18 sept 2010 (facial + ubat = 345k)
kulit dah makin cerah n jerawat dah berkurang

2 okt 2010                   2nd treatment facial + isotertinoin for 3 weeks 1 each day/10 mg

17 okt                          peeling (tak banyak berubah)

24 oktober 2010          facial , da stop isotretinoin.

dah sebulan treatment..parut da makin pudar...
walaupun masih penuh.tapi takla hitam sgt

ANYEEEER...kenangan INdah..;D

TRIP TO ANYER 
cost :6 persons
transport : Rp 600k per 20 hours
food n drink : Rp 50k per person
tol : 20k
others : banana boat : Rp 300k/6 = 50k
TOTAL =Rp  200k


29 oktober 2010 jam 7.30 bertolak ke umah Nisa naik bas ke Senen (lupe nombor berapa). pengalaman naik bas? sangat seram sebab aku tak pernah berhenti kat Senen pon. then sampai la kat Terminal bas di Senen. sampai kat ujung stesen, ak turun then nampak angkot 01 yang ke Kg Melayu..tapi pas tu kena turun sebab salah arah naik..bapak tuh suruh naik yg ke kanan..jalan la aku merentasi sekumpulan orang2 yang ningkrong kat situ. naik dah angkot 01, kena tukar plak amik yang kat depan..sepatutnya time depan terminal aku dah kena turun tapi sebab tak tau kan?..huhu

then naik angkot tu turun kat 7 E kat Salemba depan RSCM. tunggu Nisa jap. dlm setengah jam, dia sampai, kitorg naik angkot 04 yang lewat jalan sebelah 7 Eleven, sip baik la kau tak pi sendiri naik angkot 01, ternyata salah sangkaanku selama ni...haha

Jam 8.30 malam sampai kat umah Nisa, then g carefour cari barang 2 untuk masak. rencana masak : nasi goreng, roti sandwich telur, sardin , air gas, puding.

jam 11.00 stat masak. ternyata semuanya pada tidur. hampeh..balik2x nampak Anah, Ati, Ikin, ngan Zaza ngan muka bangun tido mereka.

30 Oktober 2010 jam 1.30 pagi  : bertolak ke Anyer..dengan senyuman..semuanya tidur.
sampai dlm jam 4.30 pg : benti solat subuh..cantiknya pantai...dengar deruan ombak...huuu




ngan semua makanan
cantik chalet depan tu (si ikin)
setelah membentang tikar..acara makan2 la kan...sedap..makan hingga kenyang..then baru turun laut..

jam 6.30 pagi..jalan2 di sepanjang pantai.
dari kiri : ikin, nisa, anah, zaza, ati, aku la
finally here....huhu

batu ni licin tau



then naik banana boat plak..huuuuuuuuuuuuuuu paling best!






habis mandi..main tanam2x aku plak...gile berat pasir tuh..




pure2x bace talkin..hampeh korang..haha

then dalam kul 11 pagi...semua dah siap mandi..siap2c ke luar dr area situ...rupenye bnyk lagi tempat best dr tempta kitorg lepak.tapi takpe la..so stop tangkap gambar dulu...cheeeese..=D


finally sampai Tangerang..cari tempat makan SOERABI QITA...


SOERABI PISANG COKLAT..PISANG ADE DLM PANKEK TU

Jam 6 petang..bertolak pulang ke Jakarta...samapi umah ak dalam kul 8 mlm..mandi trus tidooo..zzzzzzzzzzz

BERAKHIR SUDAH LIBURAN DI ANYEEEER...;D

*****************************************************